Penjelasan Eina Azman Isu Parking Kereta Di Petrol Pump

Jika anda ada membaca artikel yang kami laporkan semalam, pastinya anda tahu berkenaan satu laporan tentang penyebaran gambar dan caption yang sangat viral di laman sosial di post seseorang tentang tindakan pelakon muda, Eina Azman dikatakan telah meletakkan keretanya (parking) di tempat mengisi minyak dan pergi makan di Subway yang dianggap sebagai satu sifat yang tidak bertanggungjawab.
Hari ini Eina Azman dengan tenang dan profesional memberi maklumbalas terhadap tuduhan tersebut melalui satu kenyataan di Instagram milik beliau.
"Pada yang tak tahu tu tolonglah jangan tokok tambah... Eina cuma nak tanya 1 soalan saja "pernah tak anda pergi isi minyak lepas tu masuk dalam beli makanan? Terima kasih lah pada semua yang mengata dan menghina saya dan suami.. Semoga Allah merahmati kamu semua :)" - Eina AzmanDari penjelasan Eina Azman ini, dapatlah Oh! Media simpulkan ada kemungkinan-besarnya saksi yang melihat dan mengambil gambar tersebut telah salah faham dan menyangka Eina Azman masuk ke dalam "untuk makan Subway" sedangkan Eina Azman hanya masuk ke dalam seketika untuk "membeli Subway" atau kata lainnya take away.

Jika meninggalkan kereta dan berjalan masuk ke kedai selepas mengisi minyak, ianya perkara biasa dilakukan ramai orang. Kami berharap artikel ini memberi gambaran dan penjelasan terbaik tentang apa yang sebenarnya berlaku.
No comments