Header Ads

Gambar Mulut Kucing Hancur Dipukul Hanya Kerana Mencuri Ikan


Seorang pengguna laman sosial berkongsi berita yang sangat menyayat hati dimana seorang kucing dipukul hingga mulutnya hancur hanya kerana mencuri ikan di sebuah pasar di Selayang.

Difahamkan hampir semua gigi kucing tersebut patah dan mulutya hancur menyebabkan si kucing mengalami kesukaran untuk makan dan terpaksa disuap dengan  picagari.

Mujurlah, ada insan berhati mulia simpati melihat keadaan kucing ini lalu membawanya pulang dan mendapatkan rawatan di klinik.
Difahamkan kerana dipukul dengan kejam kucing ini tak dapat lagi makan seperti biasa kerana mulutnya remuk manakala kesemua gigi telah patah.
Bayangkan jika tidak diselamatkan dan dibantu makan dengan picagari, tentu kucing ini telah mati kebuluran. Agak-agak manusia yang melakukan perbuatan ini tak takutkah dengan balasan Tuhan kerana menzalimi haiwan kesayangan nabi?



No comments

Powered by Blogger.