Header Ads

Lelaki Terkejut Kepala Manusia Tanpa Telinga Dalam Plastik Hitam Di Hadapan Restorannya


Seorang pengusaha kedai makan terkejut apabila menemui bungkusan plastik hitam mengandungi kepala manusia yang ditinggalkan di hadapan restorannya di Lorong Impian Ria 5, Taman Impian Ria di sini, petang semalam. 

Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40, berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, dia sedang menyapu sampah sebelum terlihat bungkusan mencurigakan yang pada mulanya disangkakan mengandungi bom. Katanya, dalam keadaan cemas dia meminta rakannya membuka plastik berkenaan dengan perlahan-lahan bagi melihat isi kandungannya.



“Kepala manusia dipercayai milik seorang lelaki itu dibungkus menggunakan tiga lapis plastik hitam dan selepas membukanya kami mula berasa berdebar kerana melihat rambut yang disangka bulu bangkai haiwan. 

 “Namun, selepas semuanya dibuka saya tergamam kerana melihat kepala manusia tanpa kedua-dua belah telinga berlumuran darah dalam bungkusan itu,” katanya. Man yang mengusahakan restoran itu sejak lima tahun lalu berkata, penemuan kepala itu turut menyebabkan dia merasa loya untuk menjamah makanan dan sungguh terkejut. -Metro

No comments


tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Powered by Blogger.