Pelajar Bunuh Diri Tak Tahan Dibuli
T Kavinraj, 13, sebelum itu sering mengadu kepada ibunya yang dia sering diejek beberapa rakan sekolahnya dengan panggilan budak bodoh, selain mereka turut mempersenda nama bapanya.
Ibu mangsa, B Thanamalar, 43, berkata sejak memulakan sesi persekolaha
tahun ini, anaknya kerap mengadu sudah tidak tahan kerana sering diejek bodoh dan dibuli rakan-rakan sekolah.
Pujuk ibu jumpa guru
“Saya juga menyuruhnya membuat aduan kepada guru atau berjumpa dengan ibu bapa rakan-rakan yang sering membulinya tetapi dia tidak mahu.
“Petang semalam (kelmarin) dia ada mengadu perkara sama dan pujuk supaya saya bertemu gurunya untuk membuat aduan. Saya bercadang ke sekolahnya Isnin ini,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di bilik mayat Hospital Serdang dekat sini, semalam.
Tambahnya, lebih kurang jam 9 malam kelmarin, dia nampak Kavinraj masuk ke dalam tandas. Tidak lama kemudian anaknya keluar dalam keadaan mukanya pucat dan mengaku meminum racun serangga yang diletakkan di satu rak di situ.
“Saya terkejut dan tanya kenapa dia buat macam tu (minum racun), dia cakap dia dah tak tahan (kena buli),” katanya.
sumber