Header Ads

Zizan Razak Nafi Nikah Tahun Depan


Pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak menafikan dirinya bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan seperti mana yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Ketika ini namanya cukup hangat dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon kacukan Emma Maembong walaupun kedua-duanya tidak pernah memberi kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Namun, Zizan tidak menafikan Emma merupakan wanita yang paling rapat dengannya buat masa ini.

Zizan juga mengatakan bukan tujuannya untuk memyembunyikan kisah percintaan di antara mereka sebaliknya merasakan ianya masih terlalu awal untuk mereka menyatakan kesahihannya kepada umum.

Sebelum ini pelakon filem Hantu Bonceng pernah juga dikaitkan dengan seorang lagi artis Pan Asian iaitu Juliana Evans namun ternyata hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar kawan sesama industri.

No comments


jam galaksi buruj x didi friends jam tangan digita...

khasiat air kelapa untuk puasa yang bertenaga

waktu operasi utc pasir gudang

which nano reef tank is best for a bedroom practic...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Powered by Blogger.