“Saya jatuh hati dengan cara abang mencintai Allah” – Laudya Cynthia Bella
UMUM mengetahui bekas suami Erra Faziraiaitu Engku Emran sudahpun selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September lalu.
Meskipun sebelum ini dia tidak pernah mendedahkan kisah cinta mereka secara umum, namun selepas pernikahan mereka, Emran telah menunjukkan sisi romantiknya dengan berkongsi kronologi hubungan mereka.
Memilih Instagram untuk berkongsi rasa hatinya, Emran memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan rentetan perkenalan singkat mereka hinggalah membawa ke gerbang perkahwinan.
Dan jujurnya, kami pun hilang ‘macho’ kerana tersentuh dengan ketulusan bait-bait kata pada kapsyen setiap gambar!
Emran memulakan siri kisah cintanya dengan gambarnya bersama-sama Bella dan anak tunggalnya, Engku Aleesya berpegangan tangan.
Ketika tarikh itu yang meruapakan hari pernikahannya, ramai peminat di Malaysia yang masih berteka-teki kesahihan berita perkahwinannya. Namun di kapsyen entri tersebut, Emran seakan-akan mengesahkan persoalan itu dengan menulis: “Alhamdulillah, Terima kasih semua atas doa dan ucapan yang baik.”
Emran kemudiannya berkongsi gambar pertemuan mereka pada bulan Jun lalu di Jakarta. Bella dan Emran yang berpakaian hitam sedondon kelihatan manis sekali ketawa bahagia namun masih mengekalkan jarak fizikal antara bukan muhrim. Kami suka contoh yang pasangan ini tunjukkan!
Difahamkan, pasangan ini pertama kali bersua ketika Bella turun ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem lakonannya berjudul Syurga Yang Tak Dirindukanbersama-sama Nora Danish.
Oleh kerana suami Nora iaitu Nedim Nazri Aziz merupakan sahabat baik Emran, Bella dan Emran dikatakan diperkenalkan kepada satu sama lain dan terus merasakan keserasian bersama seperti yang ditonjolkan di dalam gambar di bawah yang bertarikh 11 Mei.
Bagaimanapun, hubungan mereka sebenarnya bermula pada awal April lalu apabila Emran memuat naik entri mengenai first date mereka pada 14 April.
Dan segalanya mudah sahaja perjalanannya selepas itu kerana mereka saling memperkenalkan diri kepada keluarga masing-masing dari Bandung dan Malaysia.
Setelah dipertemukan dengan Aleesya yang amat dikasihi Emran, lelaki itu juga membawa Bella berjumpa dengan Erra yang turut memberikan ‘restu’ terhadap hubungan mereka.
Rata-rata peminat daripada negara seberang dan Malaysia semuanya amat terharu dan gembira dengan perkahwinan pasangan ini kerana kedua-duanya amat menjaga batas dalam perhubungan dan dilihat amat mengasihi antara satu sama lain.
Apatah lagi, Aleesya pun kelihatan amat rapat dengan Bella dan keakraban hubungan itu mengagumkan para netizen.
Malahan, IG Emran juga tiba-tiba ‘meletup’ dengan ledakan ‘likes’ oleh peminat Bella dari Indonesia. Satu gambar kurang-kurang 100 ribu ‘likes’, kau hado?
“@puzianti_handayani: ikut bahagia n seneng teh ….smga samawa.”
“@sya_rifa_muth: Romantis pisan atuh.. malu malu gitu @elisasyamshine *ta’aruf.”
“@lovely_coaster: I think they suit each other #much love for them.”
“@dihanaremanita: Ini sweet sangat .“
“@riyahhaeriyah: ♥.”
“@ocha1701: Setelah syahh baru di post ya allah ini lah yg patut di contoh.”
“@lien.linan: emang cocok pisan.”
“@aisyahtarmidi: Akhirnya perjalanan cintanya sungguh terkesan yg amat dalam.”
“@nisal89: Bikin baper Ni, Kyknya suaminya syng bngt tuh ma neng @laudyacynthiabella.”
“@mommy_abizard: @ocha1701 betul banget… Suka x sama pasangan ini gak umbar2 kehidupan pribadinya sebelum sah di meja ijab qobul.. @laudyacynthiabella samawa ya…”
Malah, Bella juga ada memuat naik gambar dengan kapsyen yang manis dan mendalam buat suaminya itu.
Tulisnya: “@laudyacynthiabella: Saya jatuh hati dengan cara abang mencintai Allah, dengan cara abang mencintai saya, cara mencintai keluarganya. Lebih lagi dengan cara abang mencintai aleesya, sosok laki2 yang saya inginkan untuk memimpin dan melindungi anak2 saya dan abang nanti. #BAE.”
Huaaaa, kami so terharu! Jadi kepada gadis-gadis di luar sana carilah lelaki yang beriman untuk dijadikan calon suami,ya. Setakat hensem dan berkereta import sahaja tidak akan menjanjikan bahagia, cewah!
Sumber: MYNEWSHUB.CC
No comments