Header Ads

Datuk Seri Vida Akui Bakal Bercerai


Akhirnya teka-teki mengenai pergolakkan rumah tangga pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida terjawab apabila beliau mengakui sedang dalam proses untuk bercerai bersama suami, Fairuz Ahmad Zainuddin. Namun,  Vida tidak mahu memberitahu punca mereka membawa haluan masing-masing. Vida berharap, masyarakat dapat memberikan beliau sedikit ruang buat sementara waktu.
Buat masa ini lebih baik saya berdiam diri kerana dibimbangi ia akan mengeruhkan keadaan. Insya-Allah jika ada perkembangan lanjut saya akan kongsikan kepada anda semua.
Berita tentang keretakan rumah tangga Vida mula diperkatakan sejak dua minggu lepas. Namun, keadaan menjadi lebih hangat apabila Vida hadir ke festival Mood Republik hanya bersama anak-anaknya tanpa kelibat suami.
Mungkin sudah tertulis jodoh antara Vida dan Fairuz tidak panjang. Apa-apa pun, doakan yang terbaik buat Vida. InshaAllah, mungkin ada sesuatu yang lebih baik menantinya selepas dilanda ujian ini.

No comments


tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Powered by Blogger.