Header Ads

Tukang Masak Mati Ditikam

Lelaki China Dibunuh, Teman Parah Ditikam

MELAKA – Seorang tukang masak ditemui mati dengan kesan tikaman di dalam bilik air rumah sewanya di Taman Kota Laksamana, Tengkera, di sini malam tadi.
Difahamkan, mayat mangsa, Mohd Yaser Mokhtar, 31, yang hanya berseluar dalam ditemui terlentang dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat oleh adiknya kira-kira jam 7.30 malam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman , berkata kejadian disedari adik mangsa yang datang ke rumah berkenaan untuk melihat keadaan lelaki itu.
“Mayat mangsa ditemui terlentang hanya berseluar dalam dengan tangan dan kakinya diikat di dalam bilik air di bahagian belakang rumah.
“Pemeriksaan juga medapati terdapat kesan tikaman di sebelah kiri perut mangsa dipercayai menggunakan sejata tajam,” katanya ketika ditemui D lokasi kejadian, di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan juga mendapati PROTON Waja dan telefon bimbit milik mangsa turut hilang.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 myMetro Online

No comments

Powered by Blogger.