Header Ads

Kisah Sebenar 2 Remaja Belasah Seorang Pak Cik Tanpa Belas Kasihan

Dah mabuk, pukul orang pulak. Itu kisah sebenar video dua lelaki memukul seorang lelaki berusia dalam kejadian dikatakan berlaku di Jalan Bako, Kuching, yang ‘viral’ di laman sosial sejak petang tadi.

Kejadian 3.30 petang itu sebenarnya berlaku di Jalan Demak, membabitkan mangsa berusia 46 tahun yang sudah membuat laporan polis selepas kejadian.

Berdasarkan laporan dibuat, pada mulanya mangsa bersama rakannya yang memandu Toyota Unser melalui kawasan berkenaan sebelum mendapati ada sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran ditunggang dalam keadaan bahaya.

Rakan mangsa membunyikan hon untuk menegur penunggang motosikal itu tetapi menerima ‘hadiah’ isyarat lucah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Entusa Imam berkata, penunggang motosikal itu memberhentikan kenderaannya, diikuti mangsa dan rakannya.

"Mangsa dan rakannya memberhentikan kenderaan, turun daripada kereta dan berlaku pertengkaran dengan penunggang motosikal yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

"Tiba-tiba penunggang motosikal itu dengan rakannya memukul mangsa dengan topi keledar, manakala rakan mangsa dihalang daripada membantu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Akibat kejadian itu mangsa lebam di kepala dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya

Menurut Entusa, siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

"Saksi yang menyaksikan kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

"Polis akan buru suspek yang terbabit hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Video yang berdurasi 0.43 saat itu kini menjadi viral di Facebook dan didakwa berlaku di Jalan Bako di sini.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki berbaju biru turun daripada motosikal dan menyertai rakannya berbaju merah membelasah seorang lelaki.

Dua lelaki berkenaan, beberapa kali membelasah seorang mangsa berbaju oren 
dan berseluar biru menggunakan topi keledar.

           

No comments

Powered by Blogger.