Header Ads

Wanita Rugi RM108,000 Wang Hangus Selepas Rumah Dipanah Petir

Kerana tidak percayakan bank, seorang wanita rugi AS$30,000 (RM108,000) apabila rumah dan wangnya hangus selepas dipanah petir.

Regina Sibanda, 60, berkata dia baru mendapat wang tambahan hasil jualan tujuh lembu dan bercadang membeli rumah di Bulawayo. Dia juga menyimpan wang yang dihantar anak-anaknya yang bekerja di luar negara. 

Katanya, selain wang, dokumen penting seperti sijil kelahiran, pasport dan kad pengenalan anak serta cucunya turut musnah dalam kebakaran itu.

“Ketika kejadian, saya duduk di pondok yang dijadikan dapur bersama cucu. Cuaca tiba-tiba berangin dan saya menjangkakan hujan akan turun.“Namun tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi kuat sebelum melihat rumah saya terbakar. 


“Saya menjerit meminta bantuan jiran, namun sudah terlambat. Kami hanya mampu memandang apabila rumah itu terus hangus,” katanya. - Agensi

No comments


tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Powered by Blogger.