Header Ads

Kisah Pilu Mangsa Banjir: "Adik, Tinggal Sikit Nasi Untuk Mak"

KEROSAKAN dan kemusnahan akibat banjir besar yang melanda sebahagian Kelantan baru-baru ini adalah jelas.

Hampir-hampir tiada kata yang dapat menggambarkan kesan yang dibawa aliran air yang naik begitu cepat.
"Adik, Tinggal Sikit Nasi Untuk Mak"- Kisah Pilu Mangsa Banjir
“Adik, Tinggal Sikit Nasi Untuk Mak”- Kisah Pilu Mangsa Banjir
"Adik, Tinggal Sikit Nasi Untuk Mak"- Kisah Pilu Mangsa Banjir

"Adik, Tinggal Sikit Nasi Untuk Mak"- Kisah Pilu Mangsa Banjir

"Adik, Tinggal Sikit Nasi Untuk Mak"- Kisah Pilu Mangsa Banjir
Sudah banyak versi diceritakan mengenai suasana banjir itu. Namun apa yang pasti, keteguhan iman kebanyakan mangsa begitu mengagumkan.

Sekurang-kurangnya itu yang dirasai pegawai eksekutif Yayasan Aman di Sungai Petani, Kedah, Mohamad Azan Rejab.

Dalam misi bantuan yang disertainya, banyak kenangan unik dan menginsafkan dilalui Mohamad Azan.

“Antara yang sukar dilupakan ialah bagaimana mangsa banjir tidak berebut-rebut atau mementingkan diri sendiri ketika bantuan tiba,” katanya.

Menurutnya, di sebuah masjid, kira-kira pukul 9 pagi, petugas Yayasan Aman sedang mengagih-agihkan barang yang dibawa tetapi ada sebahagian lagi seolah-olah tidak menghiraukan sangat aktiviti itu.

Sebaliknya, kata dia, mereka khusyuk mengerjakan solat sunat atau membaca al-Quran.

“Bacaan itu kami dengar dengan jelas sebab menggunakan pembesar suara. Ramai juga, lelaki, wanita, dewasa dan kanak-kanak,” katanya.

Apa yang menarik, kata Mohamad Azan, wajah mereka tidak menampakkan rasa keluh-kesah, sebaliknya mangsa sentiasa tenang dan masih mampu tersenyum.

Situasi lain yang menyentuh perasaan kata Mohamad Azan adalah insiden ketika sukarelawan Yayasan Aman bersiap-siap mengisi perut dengan nasi bungkus sambil mengurangkan kepenatan selepas membantu membersihkan rumah penduduk setempat.

Sejurus kemudian, katanya, sekumpulan kanak-kanak mengelilingi mereka sambil memandang dengan penuh harapan.

Melihat keadaan itu, sukarelawan terbabit tidak jadi meneruskan makan kerana tidak sampai hati, sebaliknya menyerahkan bungkusan nasi masing-masing kepada kanak-kanak yang ramai itu.

“Kami nak kunyah pun tak sanggup, apa lagi nak telan,” katanya.

Selepas mendapat bungkusan itu, seorang daripada kanak-kanak yang usianya tujuh atau lapan tahun itu berpesan kepada adiknya: “Jangan habiskan semua. Simpan sikit untuk mak.”

“Kata-kata itu menyebabkan kami menitiskan air mata terharu,” katanya.

Dalam misi bantuan itu, Yayasan Aman bekerjasama dengan Persatuan Anak-anak Kelantan Di Perantauan (Perakan) untuk mengumpul dan mengagih-agihkan bantuan di tempat yang dikenal pasti.

Misi berkenaan disertai 32 kenderaan pacuan empat roda, empat lori dan beberapa buah kereta persendirian.

Ia diketuai Pengarah Yayasan Aman, Saiful Izham Ramli dan melalui laluan Grik. Tempat pertama yang dituju ialah Tanah Merah.

Mohamad Azan berkata, sesekali ada juga kejadian yang melucukan.

“Mereka bukan saja tetap tersenyum, malah meminta kami sukarelawan pula bersabar banyak-banyak,” katanya.

Kalangan wanita pula, kata Mohamad Azan, sangat teliti menjaga aurat masing-masing walaupun keadaan selepas bencana itu dapat difahami kesukarannya.

Sementara itu, Saiful Izham berkata, dia kagum dengan semangat kemanusiaan sukarelawan dan wakil pertubuhan bukan kerajaan yang sama-sama membantu tanpa mempedulikan perbezaan agama dan bangsa serta tidak mengharapkan sebarang balasan.

“Kini masa untuk semua pihak mengetepikan sementara perbedaan fahaman politik bagi membantu memulihkan dan membina semula Kelantan.

“Saya yakin penduduk Kelantan akan bangkit kembali daripada dugaan sehebat ini,” katanya.

Sumber : Mstar

No comments

Powered by Blogger.