Rotan Anak Bukan Faktor Kejayaan Pendidikan Islam - Dr Maza
SHAH ALAM – Kenyataan pelbagai pihak berhubung isu merotan anak yang dibangkitkan baru-baru ini dikatakan boleh memberi gambaran yang silap mengenai kesantunan Islam itu.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ada pihak yang cuba untuk menggambarkan merotan anak itu sebagai satu tuntutan dalam pendidikan Islam.
“Ada pihak cuba menggambarkan seakan merotan ataupun memukul anak merupakan satu tuntutan dalam pendidikan Islam. Kenyataan mereka ini boleh memberikan gambaran yang salah mengenai kesantunan dan kerahmatan Islam itu sendiri.
“Lebih buruk lagi kenyataan itu dibuat pada musim Islam ditohmah sebagai agama yang ganas,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Menurutnya, tiada galakan dalam nas Islam agar ibu bapa memukul anak-anak sebaliknya tindakan tersebut boleh dilakukan sekiranya telah melalui proses pendidikan yang panjang.
“Tiada galakan dalam nas Islam agar kita memukul anak. Bahkan kita tidak wajar memukul anak yang belum mumayiz (mampu membezakan antara yang baik dan buruk).
“Hadis hanya menyebut memukul pada umur sepuluh setelah melalui proses yang panjang. Sabda Nabi SAW, ‘suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berusia tujuh tahu dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun’ (Riwayat Abu Daud, sahih),” katanya.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu pukulan kepada anak yang enggan solat ketika berusia 10 tahun itu perlu disusuli dengan seruan solat dengan penuh kasih sayang bermula usia tujuh tahun.
“Selama tiga tahun lamanya anak akan mendengar seruan kepada solat dengan penuh cinta dan manja. Tanpa kekerasan, tanpa paksaan. Pujukan demi pujukan. Sehingga perintah solat sebati dengannya dan dia memahami maksud solat.
“Dia bermesra dengan bapanya yang akan membawanya ke tempat solat. Dia mempelajarinya daripada pelajaran dan teladan. Tidak dipukul melainkan setelah tiga tahun melalui tempoh ini. Jika dia dipukul pun, dia akan faham itu adalah pukulan kasih dan cinta. Pukulan itu tidak mencederakan atau mendapatkan kesakitan yang serius.
“Ertinya, betapa untuk sampai kepada tahap memukul memerlukan satu proses yang panjang padahal itu membabitkan soal asasi dalam hayat seorang Muslim iaitu solat,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, mana-mana bapa yang memukul anak sewenang-wenangnya telah melanggar ajaran agama.
“Maka, mana-mana bapa sewenang-wenang memukul anak, dia bukan seorang bapa yang baik dan telah melanggar ajaran agama. Lebih malang lagi jika bapa itu sendiri bukan teladan yang baik seperti bapa yang merokok memarahi anaknya merokok.
“Sama juga bapa kurang bertanggungjawab terhadap nafkah dan pendidikan anak, tiba-tiba memukul anak, maka mereka adalah pengkhianat amanah ALLAH.
“Jika ada ibu bapa yang memukul anak tanpa alasan yang benar, dalam keadaan yang tidak munasabah, mendatangkan kecederaan yang kekal ataupun kesakitan yang serius, maka itu bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh untuk pemerintah menganggapnya sebagai satu jenayah untuk diambil tindakan,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa kegagalan pendidikan hari ini, tiada kaitan dengan perbuatan merotan ataupun tidak sebaliknya berkaitan dengan faktor penting pendidikan insan itu sendiri.
“Kejelasan arah dalam pembentukan anak, teladan yang baik dan suasana yang membina. Inilah tiga faktor penting yang telah dimusnahkan oleh pelbagai keadaan.
“Mereka yang cuba mengaitkan merotan anak sebagai kejayaan pendidikan Islam adalah satu kedangkalan yang nyata,” katanya. – Sinar Harian Online

No comments