IS Mengancam Mahu Memenggal Kepala Obama Dan Jadikan Amerika Sebuah Negara Islam
Ancaman itu disuarakan ahli kumpulan IS sebelum menyembelih seorang tebusan yang dipercayai anggota tentera musuhnya.
"Ketahuilah Obama, kami akan sampai ke Amerika, mengisytiharkan tentera berbaju hitam.
"Ketahuilah juga bahawa kami akan memenggal kepala anda di Rumah Putih dan menjadikan Amerika sebagai negara Islam," jeritnya sambil dijaga oleh ahli kumpulan lain.
Video itu dimuatnaik pada hari sama IS mengancam untuk membunuh seorang wartawan warga Jepun dan juruterbang tentera Jordan sekiranya seorang ahli wanita mereka tidak dibebaskan dalam tempoh 24 jam.
Dalam video itu, lelaki berkenaan didakwa turut memberi ancaman kepada Perancis dan Belgium.
"Kami akan datang kepada anda dengan bom kereta yang membawa banyak bahan letupan dan memenggal kepala kamu," ujarnya.
Video itu dilapor berakhir dengan adengan ngeri.-mStar Online
No comments