VIDEO: Menakjubkan Gunung Berapi Mengeluarkan Lava Biru
Seperti yang kita ketahui yang lava gunung berapi mesti kebiasaannya adalah warna merah panas.Tetapi berlainan pula dengan larva kawah gunung Ijen yang terletak di jawa timur Indonesia,Gunung ini mengeluarkan larva yang amat cantik sekali berwarna biru.
Apabila larva mengalir ia seolah-olah seperti sungai yang di penuhi lampu biru dan permandangan ini paling popular bagi pengunjung di sini mengalahkan aktiviti melihat matahari terbit di Bangyuwangi bersebelahan dengan kawan Ijen.Tetapi harus di ingat Gunung Ijen adalah gunung berapi yang masih aktif.Gunung ini pernah meletus pada tahun tahun 1796, 1817, 1913 dan 1936.
Gunung Ijen dikelilingi oleh beberapa gunung berapi lain, ia menghasilkan tasik semula jadi yang berasid biru terbesar di dunia. Larva biru ini terhasil di sebabkan oleh kandungan sulfur yang tinggi dan tasiknya menjadi sumber rezeki bagi penduduk sekitar kerana tasik ini merupakan lombong sulfur yang menghasilkan 160-200 kilogram sulfur setiap hari.
Waktu yang sesuai untuk melawat Gunung Ijen adalah pada musim kemarau iaitu pada bulan julai dan september ini kerana pada musim hujan jalan pendakian adalah amat berbahaya kerana terlalu licin. Gunung ini berketinggian 2443m dari paras laut.
Lagi gambar-gambar menarik
No comments