Ngeri!! Kemaluan Wanita Tertusuk Kayu
Kuching: Seorang suri rumah mengharungi detik cemas apabila kemaluannya tertusuk sebatang kayu patah di celah pahanya selepas tergelincir di kediamnnya, Penempatan Semula Sungai Apong, semalam.
Ketika kejadian pada jam 10 pagi itu, mangsa, ibu kepada 4 anak itu sedang menjemur kain di luar rumah.
Mangsa, 25, gagal mengawal imbangan badan akibat permukaan lantai yang licin lalu tergelincir apabila kayu itu dikatakan tertusuk di bahagian kemaluannya.
Mangsa berlumuran darah menjerit kesakitan dan hanya terbaring sehinggalah suaminya datang memberikan pertolongan.
Suami mangsa sempat menarik kayu tersebut keluar sebelum menghantar mangsa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan.
Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil.
No comments