Header Ads

VIDEO: Bayi Dipijak Dan Didera Pengasuh Kejam Tersebar

KAMPALA:"Video kanak-kanak yang dipukul ini amat menggemparkan. Sebarang perbuatan mendera atau keganasan terhadap kanak-kanak adalah tidak boleh diterima,” kata ketua agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Uganda, Aida Girma.

Ibu bapa bayi tersebut yang curiga dan bimbang telah memasang CCTV tersebut ketika mereka keluar bekerja. Mereka terkejut apabila rakaman menunjukkan pembantu rumah berkenaan menolak anak perempuan mereka ke lantai.

Dia kemudian telah menendang muka dan perut bayi malang itu sebelum memijak bahagian belakang tubuhnya. Pembantu rumah tersebut kemudiannya mengheret bayi yang tidak bermaya itu keluar dari ruang berkenaan, lapor akhbar tempatan.

Ibu bapa bayi itu memberitahu akhbar New Vision bahawa anak mereka dalam keadaan trauma dan cedera.

Video yang menyentap perasaan itu kini telah ditonton dan dikongsi ribuan kali di media sosial.

Polis Uganda menahan seorang pembantu rumah atas dakwaan percubaan untuk membunuh selepas dia didapati mendera seorang bayi berusia 18 bulan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Jurucakap polis, Fred Enanga berkata, Jolly Tumuhiirwe, 22, telah ditahan atas dakwaan percubaan untuk membunuh. Dia akan dibicarakan di mahkamah pada 8 Disember ini.

Lihat Video di Bawah ini 




No comments


tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Powered by Blogger.