Ngeri!! Kepala Lelaki Berkecai Digilis Treler
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, lori yang dipandu mangsa itu dalam perjalanan ke Melaka.
Menurutnya, pemandu treler itu bagaimanapun hanya menyedari kejadian itu selepas beberapa pemandu lain di lorong kanan jalan membunyikan hon. “Pemandu treler itu berhenti untuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki terbaring di tayar belakang lori berkenaan.
“Mangsa ketika itu sudah mati tidak jauh dari motosikal yang ditunggang,” katanya. Beliau berkata, ambulans yang tiba di lokasi kejadian membawa mangsa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. “Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya. -Metro
No comments