Juliana Evans Nafi Bergaduh Dengan Emma Maembong
Menurut laporan Media Hiburan baru baru ini, ada cerita yang mendakwa timbul satu pergaduhan antara Juliana Evans dan Emma Maembong di Los Angeles pada awal tahun ini.
“Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka. Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar”
“Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain. Tambahan pula kami sudah lama tak berjumpa. Dan kebetulan mereka di sana tidak salah untuk saya luangkan masa,” jelasnya.
Juliana Evans juga meminta semua pihak supaya tidak mengungkit kisah lama antara dirinya dan Zizan Razak kerana sebelum ini pun mereka hanya kenalan rapat.
“Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan. Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak. Dan Emma, tak perlu takut dengan saya,” tambahnya.
Juliana Evans kembali ke Malaysia untuk menjalani penggambara sebuah filem dan juga drama 13 episod sebelum kembali ke Los Angeles kerana terlibat dengan beberapa projek. Nampaknya kerjaya beliau akan menjadi seperti Yuna selepas ini, kerap berulang alik.
No comments