10 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Disebalik Kemajuan Negara Jepun
1. TIADA PEMBANTU RUMAH:Walaupun Jepun adalah antara negara yang terkaya di dunia, rakyatnya tidak berminat untuk menggaji pemabntu rumah. Kaum ibu-bapa lebih bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penjagaan anak-anak mereka di rumah.
2. PEMBENTUKAN AKHLAK:Pada awal persekolahan hingga darjah enam, anak-anak di Jepun diajar dengan satu matapelajaran yang dikenali sebagai ” Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar-pelajar di sana belajar mengenai akhlak dalam diri, etika dan cara berdepan atau berkomunikasi dengan orang lain.
3. TIADA ISTILAH GAGAL:Tiada istilah gagal pada awal persekolahan dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat menengah. Ini disebabkan objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak. Bukanlah hanya semata-mata mementingkan pendidikan dan indoktrinasi.
4. MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH:Pelajar di Jepun membersihkan sekolah mereka 20 minit setiap hari bersama-sama guru-guru di sekolah tersebut. Ini membantu sikap ke arah generasi Jepun yang sederhana dan prihatin akan kebersihan sekeliling.
5. BERUS GIGI DI SEKOLAH:Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/steril dan mereka memberus gigi di sekolah setiap kali selepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. PENGETUA MAKAN TERLEBIH DAHULU:Pengetua sekolah akan makan terbelih dulu makanan pelajarnya setengah jam sebelum pelajarnya makan. Ini adalah kerana untuk memastikan keselamatan mereka dari terhindar dari penyakit keracunan makanan. Pengetua disini menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlidungan.
7. PEKERJA PEMBERSIHAN JEPUN:Pekerja pembersihan di Jepun digelar “Jurutera Kesihatan” yang dibayar gaji pada jumlah 5000 hingga 8000 USD sebulan. Nilai gaji yang mereka terima ini bergantung pada ujian bertulis dan lisan semasa ditemuduga.
8. LARANGAN MENGGUNAKAN TELEON BIMBIT:Dilarang menggunakan telefon bimbit di dalam keretapi/tren, restoran dan tempat-tempat yang tertutup. Mereka mengaktifkan butang “silent” pada telefon bimbit setiap kali melihat papan tanda, ini adalah salah satu sikap yang mencerminkan mereka mempunyai akhlak dan beretika.
No comments