Header Ads

Rita Diugut Bunuh Oleh Pengikut Instagram Aidil



Rita Rudaini membuat laporan polis selepas diugut bunuh oleh pengikut Instagram bekas suaminya menerusi status yang dimuat naik Jumaat lalu.

Dalam laporan berkenaan, Rita meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Instagram bernama Hanifhafizul yang telah memberikan cadangan kepada Aidil agar mengupah orang untuk membunuhnya bagi menyelesaikan masalah mereka berdua.

“Pemilik akaun itu mengugut untuk membunuh saya selepas Aidil memuat naik resit pindahan wang nafkah anak-anak kami yang dilakukannya dengan kapsyen bertujuan menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya.

"Jadi… saya perlu melakukan seusatu kerana bimbang dengan ugutan berkenaan selain untuk menjaga keselamatan diri,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi sosial WhatsApp di sini pada Ahad.

Mengulas mengenai beberapa gambar yang dimuat naik oleh Aidil di laman Instagramnya, Rita berkata bekas suaminya itu berjaya meracuni pengikut Instagramnya untuk membenci Rita.

Rita juga menjelaskan dia tidak pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak, sebaliknya kegagalan Aidil berhubung hak sebagai seorang suami kepada isteri semasa mereka belum bercerai.


Berkenaan dengan mesej pula, Rita menafikan dakwaan Aidil kononnya dia tidak pernah membalas mesej yang dihantar. 

Siapa yang menipu sebenarnya? 

No comments

Powered by Blogger.