Gambar Jejantas Lebuhraya Pasir Gudang Runtuh
Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang tadi lalu menghempap dua kereta dan sebuah lori, menyebabkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu lori berusia dalam lingkungan 50-an itu tersepit sebelum dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan susulan akibat cedera di bahu.
Manakala, dua pemandu kereta dan dua penumpang berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan orang awam sebaik dihempap struktur bumbung jejantas itu.
Komander Operasi Omera Omar dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.38 petang dan mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan pemandu lori tersebut sebaik tiba di tempat kejadian minit kemudian.
Menurutnya, kerja mengalihkan runtuhan itu akan diserahkan ke Jabatan Kerja Raya atau Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Dalam kejadian ribut itu, bumbung kira-kira 30 rumah di Taman Kobena turut diterbangkan angin.




No comments