VIDEO: Ngeri!! Kepala Seorang Lelaki Tertusuk Pancang Besi

Mangsa, Ho, 50, tertusuk besi sepanjang lebih setengah meter di bahagian kanan dahi serta menembusi rahang kirinya.
Doktor yang merawat mangsa juga terkejut melihat keadaan mangsa yang bukan sahaja masih hidup tetapi juga berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.
Bagaimanapun, doktor terpaksa memanggil pasukan bomba untuk memotong sebahagian besi tersebut untuk memudahkan pembedahan rumit yang akan dilakukan pada mangsa bagi mengeluarkan besi berkenaan.
Menurut doktor, Ho bernasib baik kerana besi yang menembusi kepalanya itu tidak terkena pada oragan penting dan otak yang boleh menyebabkan mangsa mati serta merta.
Keadaan Ho semakin pulih dan mungkin dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi lapor Mail Online.
No comments