Wanita Dipukul Dan Dicucuh Besi Panas Kerana Mencuri Kereta
Modus operandi dilakukannya adalah menyewa kereta mewah sebelum memberikannya kepada sindiket barai kereta.
Dalam rakaman ini dia mengaku telah mencuri sebuah Velfire dan Ford.
Menurut maklumat yang diperolehi, wanita yang menjadi mangsa hukuman diluar undang-undang itu telah parah dibelasah.
Bukan setakat dipukul dan diterajang malah dia juga telah dicucuh besi panas pada lengan berkali-kali.
Lelaki yang memukul wanita itu sebenarnya adalah seoarang lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat penyewa kereta yang mana kini telah menghilangkan diri.
Selain daripada keganasan fizikal, wanita itu juga turut disamun. Tablet dan juga wang dalam akaun bank wanita tersebut telah diambil oleh lelaki berkenaan.
Bagaimanapun mangsa telah membuat laporan polis dan suspek utama telahpun dikenalpasti dan kini dalam siasatan pihak polis.
Menurut sumber, wanita berkenaan telah melakukan jenayah mencuri kereta kerana dipaksa oleh seorang lelaki berbangsa cina bagi menjelaskan hutang bekas suaminya.
VIDEO
No comments