Gara-gara Cemburu, Suami Sanggup Kelar Leher Isteri Dengan Parang
MAYAT mangsa terlentang di kaki lima flat di Sibu Jaya, petang tadi.
Tragedi berdarah berlaku pada 1 petang itu dikatakan berpunca daripada suami mangsa tidak dapat menahan marah selepas bertengkar dengan wanita terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Zulkifli Hassan berkata, kemuncak pertengkaran itu, lelaki terbabit memijak badan wanita terbabit dan sebelum mengelar lehernya.
"Mangsa keluar dari bilik untuk menyelamatkan diri namun rebah di kaki lima flat dan meninggal di situ.
"Suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya
Difahamkan, pasangan itu berkahwin dua tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun lapor Harian Metro.
No comments