Kisah Lawatan Lionel Messi Dan Pasukannya Barcelona ke Israel
Kebenarannya, ini semua edit dan dusta belaka. Ya, memang benar Messi dan Barcelona telah ke Israel pada tahun 2013. Namun, hakikatnya pada masa yang sama mereka juga telah mengadakan lawatan ke Palestin!
Barcelona telah mengadakan "PEACE TOUR" ke Palestin dan Israel dengan harapan bola sepak dapat dijadikan sebagai medium untuk perdamaian. Messi sendiri telah bersalaman dengan Presiden Palestin yang turut serta pada sesi temuramah bersama-sama rakan-rakan Barcelona yg lain..
Kemuncak "PEACE TOUR" itu ialah Perlawanan Persahabatan di antara FC Barcelona VS Team Gabungan Palestin+Israel. Namun begitu dibatalkan kerana konflik yang sukar untuk menggabungkan kedua-dua pasukan tersebut.
Barcelona juga mengadakn "Klinik Bola" untuk kanak-kanak daripada kedua-dua Negara tersebut. Ada juga gmbar yang menunjukkan Messi & rakan-rakan melawat "Jurusalem's Western Wall" (tempat para yahudi berkumpul & berdoa di hadapan dinding).
Ya, memang benar, tapi itu adalah salah satu aturcara yang ditetapkan bagi menghormati Israel sebag ai tuan rumah. Yang mana orang boleh berfikir sendri kalau Messi datang ke Malaysia, dia juga tidak akan mnolak pelawaan untuk ke masjid-masjid jika diundang? Messi juga merupakan penganut agama Kristian & bukannya Yahudi.
Di dalam salah satu gambar yang tsebar ada terlihat Messi memegang T-shirt hitam yang btulis "Stand With Israel" (Berdiri bersama Israel). Walaupun bukan designer, dengan skali imbas pun boleh mngenalpasti bahwa gambar itu bukanlah gambar ASLI/ORI, tapi sudah DIEDIT yang mana Messi sebenarnya mempromosikn Pan American Games 2019 di Rosario (kampung halaman Messi)
Jadi PENGAJARANnya, PERIKSA dulu sumber asal usul berita yang disampaikan, jangan main Copy Paste je, rajin-rajin buat research. Messi & Barcelona bukanlah Yahudi, bukan juga ejen Zionis seperti yang diperkatakan. Sekurang-kurangnya mereka cuba mnyatupadukan dua Negara mlalaui Bola sepak.
Apa pula sumbangan kita????