Gambar Anak Patung Ditutup Kain Bertulis Kalimah Allah Kecoh di Laman Sosial
Penemuan anak patung dengan mata ditutup kain putih bertulis kalimah Allah mencetuskan kekecohan di media sosial.
Anak patung tersebut ditemui tersandar di sebatang pokok di Hougang, Singapura.
Apabila kisah sebenar tidak diketahui, cerita sebegini boleh menimbulkan panik dalam masyarakat.
Lalu Facebook Ghost Files Singapore tampil dengan beberapa fakta sebenar tentang anak patung ini selepas disiasat.
Antaranya, pemilik anak patung ini adalah seorang gadis beragama Islam yang mendakwa mempunyai 10 anak patung antik yang boleh bergerak sendiri dan bertindak sebagai 'penjaganya'.
Anak patung yang dibuang itu tidak dapat dikawal jadi matanya ditutup sebelum ditinggalkan agar ia tidak dapat mengikuti sesiapa.
Bagaimanapun ketika rancak berbual menerusi Twitter, gadis tersebut didapati telah memadamkan akaun Twitternya.
Seorang ustaz dikatakan telah pergi ke pokok di mana anak patung berkenaan ditinggalkan untuk memeriksa namun setakat ini tiada kejadian aneh dilaporkan manakala anak patung tersebut juga sudah tiada di tempatnya.
Kemungkinan besar, ini adalah satu usaha mencetuskan kekecohan dalam masyarakat oleh seseorang yang bosan dengan hidupnya.
Harus diingat, mempercayai sesuatu selain Allah SWT dapat menjaga kita dalam hidup adalah satu kepercayaan yang sesat.
Begitu pun tak dapat dinafikan memang wujud makhlus-makhlus halus di dunia ini tapi seperti kita, mereka juga makhluk Allah Taala.
No comments