Ibu Rebut Hak Menjaga Anak Paul Walker
Difahamkan Meadow diasuh ibu kandungnya, Rebecca Soterus sejak Walker meninggal dunia, tahun lalu.
Ibu Walker, Cheryl Ann memfailkan petisyen itu demi memenuhi wasiat Walker yang mahu Meadow dijaga olehnya sehingga dewasa.
Memetik laporan Totonto Sun, dokumen petisyen itu menyebut Cheryl mendakwa Rebecca tidak layak mengasuh Meadow ekoran tabiatnya yang ketagihan alkohol.
Namun permohonan Cheryl ditolak mahkamah dan ia telah diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Los Angeles pada 18 Mac lalu.
Perbicaraan pada 27 Mac lalu menyebelahi Rebecca dimana hak mahkamah membenarkan Meadow tinggal bersama ibu kandungnya itu.
Namun wujud pelbagai pertikaian selepas itu apabila pemerhati kes membangkitkan soal sebab ibu Walker memohon hak penjagaan yang bersifat sementara.
Perbicaraan bersambung 30 April ini.