Header Ads

13 Orang Maut Terkena Serangan Mortar

DAMSYIK - SYRIA. Sekurang-kurangnya 13 orang awam terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas terkena serangan mortar terbaharu di beberapa bandar di sini, kelmarin.

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Syria berkata, pasukannya memindahkan 50 orang cedera ke hospital di seluruh Damsyik.

“Keadaan makin tertekan apabila serangan mortar kembali meledak sekitar bandar ini. Ahad lalu, seorang maut dalam serangan sama di Aleppo,” katanya dalam laporan Al Jazeera.

Menurutnya, serangan turut berlaku di Sweida, berhampiran sempadan Jordan mengakibatkan dua maut.

Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, setakat ini 150, 344 nyawa terkorban dengan  51, 212 terdiri daripada orang awam dan 7, 985 adalah kanak-kanak.-SinarHarian

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Powered by Blogger.