Header Ads

Pemberian BR1M Tidak Setimpal - Ustaz Azhar Idrus

KOTA BHARU - Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tidak setimpal jika dibandingkan jumlah yang selayaknya mereka peroleh, kata penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.
Menurutnya, ia adalah hak rakyat yang perlu dipulangkan sebagaimana pembayaran melalui cukai-cukai yang dikenakan sebelum ini.
“Kita lantik kerajaan hari ini kerana Malaysia ada harta, malah wakil yang dipanggil kerajaan perlu menguruskannya, tidak mengira negeri mana sekalipun, harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata
“Ia jadi kewajipan bagi kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata,” katanya.
“Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja, betul ke cara macam itu?,” katanya ketika berceramah di kuliah mingguan Medan Ilmu di sini semalam, lapor portal Sinar Harian.
Beliau mengulas kenyataan tersebut ketika menjawab pertanyaan yang diajukan orang ramai dalam program yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Dalam pada itu, Azhar turut diajukan soalan mengenai golongan anti hadis yang kini menjadi bahan bualan masyarakat. Beliau berpendapat, pihak berkaitan perlu mengambil serius perkara itu memandangkan ia melibatkan kedaulatan raja-raja sebagai lambang suci agama Islam.
“Asalnya teguran, tazkirah dan nasihat, tapi sudah berpuluh tahun sejak zaman 1980an dulu.
“Apa yang patut kita buat sekarang ini ialah hukuman, saya harap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas kerana perbuatan mereka secara tidak langsungnya menghina raja-raja seluruh Malaysia kerana raja-raja di Malaysia ini merupakan lambang negara Islam,” katanya.

sumber

No comments

Powered by Blogger.