Header Ads

Punca 100 Buah Kereta Meletup dan Terbakar di Muar




Sebanyak 100 daripada 150 buah kenderaan yang disimpan dalam stor penyimpanan sebuah bengkel di Parit Bakar, meletup dan hangus terbakar sehingga mengakibatkan kerugian RM2.2 juta.

Kejadian yang berlaku kira-kira 9.45 malam tadi dipercayai berpunca daripada kegiatan membakar kertas upacara keagamaan oleh penduduk berdekatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebelum merebak ke rumput kering di luar stor berkenaan.

Daripada jumlah keseluruhan 100 buah kenderaan yang terbakar, 70 daripadanya ialah kereta mewah, manakala 10 buah lagi ialah lori dan treler, dan selebihnya ialah van dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, keadaan malam tadi yang panas dan berangin menjadi faktor utama api merebak dengan cepat sebelum menyambar stor penyimpanan.

"Siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur khianat dalam kejadian itu dan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi."


sumber


samsung s aye train turns kl mrt into a giant game

is the expanded sst much ado about nothing

tinggi potassium dalam air kencing

hanya gambar berbicara

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Powered by Blogger.