Header Ads

Pelajar Maut Digilis Lori Balak


BALING – Seorang pelajar tingkatan empat, maut digilis lori balak selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 27, Jalan Baru Baling-Gulau, Kampung Seri Ketengga, Mukim Siong dekat sini, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku pukul 7 pagi ketika mangsa, Mohamad Sofiuddin Rosli, 16, dari Kampung Tanjung Pari, Mukim Siong dalam perjalanan menjemput rakannya ke sekolah di Kampung Seri Ketengga.
Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Siong dipercayai cuba memotong sebuah lori balak sebelum bergesel dengan sebuah van dari arah bertentangan sebelum terjatuh di bawah lori.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan mati di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Baling (HB) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tanjung Pari. - KOSMO

No comments


tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Powered by Blogger.