Header Ads

Seramai 30,988 Calon Dapat Semua A PMR 2013

PUTRAJAYA - Sebanyak 30,988 atau 7.33 peratus daripada lebih 462,940 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran berdasarkan keputusan diumumkan hari ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, keputusan itu lebih baik berbanding 30,474 orang pada 2012 iaitu meningkat 0.41 peratus atau 514 calon.
Menurut Khair Mohamad, prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam menunjukkan peningkatan dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).
"Bagaimanapun, GPMP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan sedikit penurunan 0.03 mata kepada 2.35 mata pada 2013 berbanding 2.32 tahun lepas,"katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan PMR 2013 di sini.
Khair berkata, penurunan prestasi subjek Bahasa Melayu adalah kecil dan
menunjukkan perubahan yang tidak signifikan. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.