Sergio Ramos Disaman 1 Billion
Pada saingan di antara Liverpool dan Real Madrid baru-baru ini telah
menjadi perbincangan yang hangat. Kecederaan yang dihadapi Mohamed Salah
mengundang pelbagai reaksi dari seluruh dunia. Kebanyakan penyokong
Liverpool dan Salah menyalahkan Sergio Ramos kerana mengakibatkan
kecederaan tersebut setelah Ramos membuat serangan yang agak kasar.
Namun lain pula reaksi dari seorang peguam mesir apabila bertindak
selangkah kehadapan berbanding dengan lain dengan memfailkan saman
bernilai 1 Billion (RM4.6b) ke atas Ramos kerana menjadi punca
kecederaan Salah.
Pada permulaan perlawanan, kedua-dua pemain kelihatan berlawan fizikal
untuk mendapatkan bola, sebelum mereka terjatuh sehingga menyebabkan
dislokasi bahu kepada Salah.
Terdapat teori yang mengatakan Ramos sengaja menjatuhkan Salah. Namun
sukar untuk mengatakan demikian. Bagaimanapun, kecederaan yang dialami
oleh penyerang sayap Liverpool itu dalam perlawanan tersebut menyebabkan
beliau berisiko terkeluar dari dibawa untuk cabaran Piala Dunia nanti.
"Ramos jelas sengaja berniat mencederakan Salah dan patut dihukum. Saya
telah memfailkan saman dan menulis aduan rasmi kepada FIFA."
"Sudah tentu saya meminta ganti rugi bernilai 1 Billion untuk apa yang
terjadi kepada Salah dan juga Mesir amnya," ujar Bassem Wahba di dalam
satu siaran television, Sada El-Balad di Mesir.
Sekiranya memenangi saman tersebut, Wahba berkata aakan mendermakan wang tersebut kepada sebuah tabung dana Mesir.
No comments