Header Ads

Pengakuan Penuh Emosi Suspek Bunuh Isteri Akibat Bosan Didesak Belikan Kereta

Suspek kes pembunuhan kejam di Jawa Barat, Indonesia, Muhammad Kholil, 23, membuat pengakuan emosional kepada pihak berkuasa.

Katanya, ketika dia hendak membunuh siterinya, Siti Saadah, 21, dia mengaku terbayang wajah anak mereka yang berusia 2 tahun ketika itu.

“Sewaktu saya mengerat tubuh Siti, saya hanya teringat anak. Saya menangis terbayangkan anak,” kata Kholil kepada Pesuruhjaya Polis Karawang, Rano Hadianto seperti yang dilaporkan oleh media negara jiran tersebut.

Ujar Kholil, satu-satunya anak hasil perkahwinanya dengan Saadah itu kini dibawah jagaan ibu bapanya di Bogor.

Menurut kes, Kholil dikatakan bertindak dengan kekerasan ketika dia denagn isterinya sedang bertengkar pada Isnin minggu lalu. Kholil turut mendakwa bahawa Saadah terlebih dahulu bertindak mencekik dirinya sebelum perbuatan tersebut dibalasnya dengan dua pukulan pada leher Saadah.

Akibat daripada pukulan tersebut, Saadah telah terjatuh dan tidak sedarkan diri. Kholil yang panik kemudian bertindak memeriksa nadi dan degupan jantung Saadah namun ternyata ia sudah terhenti.

“Saya bingung, lalu saya tutup mulutnya menggunakan pita pelekat,” akuinya.

Kata Kholil lagi, sehari selepas kejadian tersebut dia nekad untuk mengerat tubuh isterinya kepada tiga bahagian iaitu kepala, badan dan kaki menggunakan golok. Dia kemudian bertindak membuang  bahagian kepala dan kaki mayat isterinya di Tegalwaru, sementara badan Siti dibuang ke Desa Ciranggon.

Siti Saadah

Kholil bagaimanapun bimbang cebisan mayat tersebut dijumpai oleh orang awam dan membuatkan perbuatanya terbongkar lalu datang kembali keesokan hari untuk membakar cebisan tersebut.

Kholil mendakwa dia membunuh isterinya kerana mengaku bosan akibat sering kali didesak untuk membeli sebuah kereta.

Katanya lagi, dia sudah memberitahu isterinya sebelum ini bahawa dia hanya bekerja sebagai budak pejabat dan pendapatannya sekitar Rp 3.8 juta tidak cukup untuk membeli kereta.

''Dua bulan lepas dia meminta saya membelikan kereta kerana malu dengan jiran sekeliling yang sudah memiliki kereta. Tetapi saya tidak dapat penuhi permintaan tersebut.

''Saya pernah memberitahu bahawa boleh menyewa kereta, namun dia tidak mahu,'' kata Kholil lagi.

Sumber : Suara.com

No comments

Powered by Blogger.