Header Ads

Gambar Buaya Mati Dibaling Batu Oleh Pengunjung Zoo


Seekor buaya mati akibat dibaling batu oleh sekumpulan pengunjung sebuah zoo di Tunisia. Majlis perbandaraan Tunis memuatnaik beberapa foto yang menunjukkan kepala buaya berkenaan berlumuran darah dengan batu menghempapnya di laman sosial rasmi facebook jabatan itu. “Sekumpulan pengunjung zoo telah membaling batu dikepala buaya sehingga menyebabkan pendarahan dalaman dan menyebabkan ia mati,” kata kenyataan itu.
Pihak berkuasa menyifatkan perbuatan di Zoo Belvedere yang terletak di tengah Tunis itu adalah tingkah laku ganas. Sementara itu, doktor haiwan zoo berkenaan, Amor Ennaifer berkata, reptilia itu mati selepas dibaling batu besar di kepala lewat Selasa lalu. “Ia amat teruk. Anda tidak dapat bayangkan apa yang haiwan itu terpaksa lalui akibat perbuatan beberapa pengunjung. “Orang ramai membuang sampah dan beg plastik, mereka turut membaling batu kepada singa dan badak air,” ,” katanya kepada AFP

Enanifer berkata, zoo itu mempunyai papan tanda dan pengawal tetapi ia tidak cukup terumatanya ketika musim cuti sekolah. “Terdapat lebih daripada 150 spesies dalam zoo. Kita tidak boleh meletakkan pengawal di hadapan setiap sangkar. “Orang ramai perlu menyedari keperluan untuk menjaga haiwan,” ujarnya. -AFP

No comments


tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Powered by Blogger.