Gambar Bas Ekspres Terjunam Dalam Cerun 14 Maut, 16 Cedera di Pagoh
Empat belas maut manakala 16 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Pagoh awal pagi ini.
Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata kemalangan yang berlaku berdekatan Kampong Jayo itu, turut mengorbankan pemandu dan seorang kanak-kanak.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 45 minit kemudian.
"Seramai 27 anggota bomba dari tiga balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian," kata Mohd Yusof ketika dihubungi.
Tiga belas mangsa yang terkorban dan cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, kata beliau.
Manakala seorang lagi mangsa yang cedera meninggalkan dunia kemudian.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.10 pagi, katanya.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.10 pagi, katanya.
Sumber - Bernama, Siakapkeli.my
No comments