Header Ads

Suami Isteri Cedera Parah Ditembak Di Thailand

Seorang warga Malaysia cedera parah sementara isterinya warga Thailand cedera ditembak dalam satu kejadian di jalan raya Narathiwat-Takbai di Kampung Kaluwa, daerah Muang Narathiwat.

Mangsa warga Malaysia itu dikenali sebagai Mohamad Shahriduwan Ismail, 24, berasal dari Kg Kedai Buluh Badang, Kota Baru, dan isterinya, 38, berasal dari Daerah Yingo, Narathiwat.

Kolonel Polis Manit Yimsai, ketua polis daerah Muang Narathiwat berkata pasangan itu dalam perjalanan dari Takbai untuk pulang ke rumah si isteri apabila mereka diserang.

Menurut Manit, isteri Mohamad yang memandu kereta ketika itu berjaya mengawal kenderaannya dan seterusnya melanggar kereta suspek hingga terbalik

Beliau berkata si isteri terus memandu kereta hingga sampai di Hospital Narathiwat untuk mendapatkan rawatan.

Polis sedang memburu suspek, dan menyiasat motif kejadian itu. – Bernama, 15 Disember, 2015.

No comments


tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih

Powered by Blogger.