Mansuh kumpulan G25 - Mufti Kedah
ALOR SETAR: Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad hari ini menyarankan agar kumpulan bekas penjawat awam G25 dimansuhkan.
Ini berikutan beberapa isu yang diketengahkan kumpulan tersebut yang katanya tidak masuk akal dan bertentangan dengan agama.
Malah beliau berkata G25 juga perlu segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan berpandukan Al-Quran dan Sunnah memandangkan 'telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT'.
G25 baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mahu hukuman terhadap perbuatan khalwat dimansuhkan jika dilakukan di rumah persendirian.
Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam.
Ketika dihubungi Bernama, mufti itu berkata, walaupun ia adalah hak privasi individu, namun kesan perbuatan tersebut bukan hanya melibatkan pelakunya, malah ahli keluarga dan masyarakat.
Mengulas mengenai cadangan G25 yang mahu akaun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diaudit, beliau berkata Jakim merupakan institusi agama yang penting dan dipercayai di negara ini bagi mengendalikan hal berkaitan agama.
"Apabila timbul satu isu mereka ini akan mengkaji, misalnya sesuatu produk yang bertentangan dengan Islam mereka ini akan kaji, kemampuan Jakim disebabkan ada jawatankuasa-jawatankuasa khas dalam bidang agama," katanya.
Beliau berkata seharusnya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini, masyarakat terutamanya badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan bekerjasama lebih erat dengan Jakim dan jabatan agama.

No comments