Header Ads

Datuk Dr Haron Din Sebagai Mursyidul Am Pas Baharu

Majlis Syura PAS pada Ahad lepas sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti yang baharu bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Majlis itu, yang terdiri daripada 15 anggota mewakili pelbagai pihak, membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat di ibu pejabat PAS pusat di sini.
Haron Din Mursyidul Am PAS Baharu
Mereka turut melantik Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob sebagai TimbalanMursyidul Am PAS.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan Perlembagaan PAS yang memberi kuasa kepada seluruh anggota Majlis Syura melantik individu paling layak mengetuai mereka sebagai mursyidul am.
“Berdasarkan perlembagaan parti, Majlis Syura akan menentukan jawatan itu (mursyidul am dan timbalan) setiap lima tahun,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Jawatan mursyidul am PAS kosong berikutan penyandangnya Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.
Allahyarham Nik Aziz menyandang jawatan Mursyidul Am sejak 1995.

Sumber : Mstar

No comments

Powered by Blogger.