Header Ads

3 Pekerja BFM Disiasat Isu Video Hudud

Polis hari ini merakamkan kenyataan daripada tiga kakitangan BFM yang terlibat dalam penerbitan video kontroversi berkaitan hudud.

Pasukan polis tiba pada jam 10 pagi tadi, diikuti pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Mereka disiasat bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” kata radio perniagaan itu dalam kenyataannya.

Seksyen 298 berkaitan kata-kata yang menjejaskan perasaan beragama seseorang. Seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum setahun, denda atau kedua-duanya,

Seksyen 233 pula berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan jaringan, yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau penjara RM50,000.

“Pengurusan BFM Media Sdn Bhd menyokong penuh pekerja-pekerja dalam melaksanakan tugas mereka.

“Radio stesen ini mempertahankan mereka dan tetap komited memberikan sokongan diperlukan mereka pada masa-masa sukar,” kata BFM.
Malaysiakini

No comments

Powered by Blogger.