VIDEO: Kanak-Kanak 17 Bulan Dipaksa Berlari Atas Treadmill
Setiap ibu bapa pastinya mahukan sesuatu yang terbaik untuk anaknya sehingga kadang-kadang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan pun boleh terlintas dalam fikiran mereka.
Sebuah rakaman video di Youtube kini sudah menjadi viral yang mana ia menunjukkan ibu bapa menyuruh anaknya itu terus melakukan senanam di atas treadmill.
Kanak-kanak itu berusia 17 bulan dari China seakan-akan melakukan latihan ataupun senaman yang mana dikerahkan oleh ibu bapa mereka.
Mendengar kepada video itu, Ayahnya berulang kali menyebut ‘Cepat!’ kepada anaknya yang sedang berjalan di atas mesin senaman itu. Pada masa yang sama terdengar si ibunya pula memesan ‘Jangan buat terlalu laju’ sambil ketawa.
Bagaimanapun video tersebut mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.
Salah satu komen dari penonton di Youtube berbunyi “Dia mungkin boleh cedera teruk jika terjatuh sewaktu berlari,”
Namun ada juga yang kagum dengan perkara tersebut kerana menganggap ia perkara yang hebat boleh dilakukan oleh kanak-kanak berusia 17 bulan yang mana boleh berjalan sepantas itu.
Situasi sebenar tidak diketahui. Mungkin mereka bertujuan bergurau atau untuk rakaman semata-mata ataupun mungkin juga ibu bapa anak ini bercita-cita menjadikan anaknya itu seorang Atlet Negara. ─ Siakapkeli.com.my

No comments