Sedih Lihat Arak Dihidangkan Dalam MAS, Dibalas Kasar Bila Tanya Waktu Solat - Ustaz Ebit Lew
Kami terjumpa secebis perkongsian ini daripada Facebook Ustaz Ebit Lew ketika scroll news feed kami. Sila baca dulu perkongsiannya. Penuh hikmah tanpa menghentam sesiapa. Banyak pengajaran yang kita dan ‘orang sana’ perlu ambil iktibar.
Sedih Lihat Arak Dihidangkan Dalam MAS, Dibalas Kasar Bila Tanya Waktu Solat – Ustaz Ebit Lew
Sedih bila tengok orang Islam hidang arak dalam flight MAS. Saya berdoa supaya Allah hentikan arak dalam MAS flight. Boleh tahan tak berhenti orang France minum arak. Kadang-kadang ia melalui atas kepala kita. White, red dan entah apa lagi. Semoga Allah beri hidayah pada semuanya. Semuanya sangat baik-baik. Semoga Allah ubah sistem flight Malaysia. Rasa macam pesta arak. Sebab tak berhenti orang minum arak.
Maksiat terang-terangan yang dilakukan oleh orang Islam diberi azab cepat jika kita tak buat dakwah.
Saya syukur dapat Solat 5 waktu dalam flight MAS balik dari Paris. Alhamdulillah ada screen yang kita boleh tengok maklumat waktu tempatan dan kiblat yang sangat jelas. Syukur pada Allah.
Bagaimana dia beri semua nikmat ini. Kita lupakan semua Itu semasa kita di udara.
Penerbangan pukul 12 tengah hari waktu Paris. Sebelum naik saya tengok laluan yang akan dilalui. Saya periksa waktu solat beberapa tempat yang akan dilalui sebelum terbang. Just print screen waktu solat.
Saya beri salam dan tanya nanti saya nak solat berdiri. Jika tiada saya ingin solat duduk sahaja. Ada ruang saya boleh gunakan. Muka dia berubah katanya nanti-nanti orang tengah sibuk. Kalau ada nanti kita tengok ruang kat belakang sekali. Saya hairan juga bila tanya waktu solat jadi kasar pula. Muka pun berubah. Orang order arak berlari hantar. Isteri saya terkejut. Perlu ke kasar begitu. Just cakap baik-baik saya faham. Saya doa dalam hati, ya Allah dia baik. Namanya pun mulia. Pasti mak ayahnya orang baik. Ya Allah berilah hidayah padanya.
Waktu solat mengikut tempat semasa yang dilalui. Saya sudah ada wuduk sebelum naik lagi. Tapi sebenarnya untuk solat berdiri dan wuduk dalam kapal tiada masalah langsung. Saya tengok ramai orang france bawa berus gigi untuk gosok gigi dan mereka cuci muka sebelum makan. Berdiri pula, ramai orang berdiri beratur nak pergi bilik air..kita solat sekejap dan lebih cepat dari buang air pun. Dan tak ganggu laluan orang pun sebenarnya.
Saya terus ke belakang. Dan pergi ada tempat bahagian belakang sebelum naik tangga tingkat atas. Seorang peramugari seksi berlari ambilkan sejadah. Terima kasih. Baiknya dia. Semoga Allah beri hidayah kepadanya untuk menutup aurat.
Muat untuk solat dua orang. Cuma cadangan saya lebih baik Mas buat macam saudi airlines ada tempat khas dibelakang. Supaya semua orang mudah untuk solat. Masa dalam saudi airlines saya berjemaah bersama ayah dan abang saya. Jangan risau kita orang Islam Allah jaga kita bila kita jaga solat. Rezeki Allah beri. Jangan orang pijak-pijak tempat solat tu. Lagi pun ramai juga customer orang Islam. Customer always right. Tapi Allah dan Rasul no 1.
Selepas 2jam lebih atas kapal selepas selesai makan dan orang mula tidur diatas flight saya solat jamak taqdim serta qasar zohor dan asar. Bila mula nampak gelap diluar saya niat jamak takhir. Lewat sikit saya solat maghrib dan isya.
Begitu juga solat subuh. Sampai waktu Malaysia pukul 7.25 pagi. Maknanya dah syuruk. Saya solat dalam 6.20 pagi dalam flight waktu Malaysia.
Kiblat senang dan syukur dapat solat sempurna. Kalau selamat syukur. Mati pun syukur sebab dah solat. Kalau tak hidup pun gagal. Mati pun gagal.
Semoga Allah mudahkan Mas berhentikan hidangkan arak dan wanita dapat menutup aurat dan semua orang mudah solat. Dan semua kru Islam juga dapat jaga solat. Ya Allah jadikanlah setiap kru Mas asbab hidayah buat semua orang luar negara yang bukan Islam dapat Islam.
Ya Allah kami sayang saudara kami kerana kau. Peliharalah kami semua. Fahamkanlah kami semua solat bukan beban. Bahkan ia nikmat dariMu.
Perintahkan ahlimu solat(keluargamu atau orang dibawahmu) kami tidak minta rezeki
darimu. Bahkan kami (Allah ) beri rezeki kepadaMu
darimu. Bahkan kami (Allah ) beri rezeki kepadaMu
Ya Allah maafkanlah kami semua. Ini semua salah saya kurang buat dakwah dan korban dan menangis-ebit lew
Keluargasunnah 3.0 UPM 7 Mac 2015 akan datang
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew
No comments