Penjelasan Neelofa Isu Kepala Disentuh Qari
Menerusi foto itu, seorang qari menyentuh kepala Neelofa dan perilaku itu telah mencetuskan isu dalam kalangan pengikutnya.
Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Neelofa memberitahu gambar tersebut dirakamkan ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan sepupunya.
Menurutnya, selain dihadiri saudara mara terdekat, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kenalan bapa saudaranya.
“Pada majlis tersebut ramai saudara mara yang hadir termasuklah kenalan bapa saudara saya dari Pakistan.
“Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi itu adalah kenalan kepada bapa saudara saya.
“Dia anggap kami seperti anaknya sendiri dan gambar itu diambil secara spontan.
“Disebabkan sekeping gambar ramai yang membuat andaian yang macam-macam.
Padahal mereka tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, “ jelasnya panjang lebar.
Selain dirinya dikritik, isu itu menjadi lebih hangat apabila adik perempuannya, Ameera membalas kritikan dengan bahasa yang kesat.
“Sebenarnya tidak adil untuk dia dihentam seperti itu lagi pun dia bukan artis.
“Sebelum ini saya pernah menasihatkan dia supaya tidak memberi apa-apa komen mengenai perkara itu kerana ia akan memanjangkan lagi perkara itu, tapi dia berdegil.
“Bila sudah ramai yang beri komen negatif, dia mula sedar dan belajar daripada kesilapannya,” ujarnya.
No comments