Ngeri!! Tangan Kanak-Kanak Perempuan Tersepit Pada Eskalator
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 petang, tangan kanak-kanak itu akhirnya dikeluarkan selepas hampir setengah jam tersepit sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, mangsa bersama ibunya menaiki eskalator di tingkat lima kompleks berkenaan sebelum tangan kanak-kanak itu yang memegang bahagian pemegang tersepit lalu terheret sehingga ke tingkat enam.
Orang ramai yang melihat kejadian itu berjaya menghentikan eskalator itu selain cuba mengeluarkan tangan mangsa. ─ myMetro online
No comments