Header Ads

Kisah Seorang Lelaki Berkahwin Dengan Makhluk Halus

Kisah cinta ini pasti membuatkan anda kehairanan kerana seorang lelaki dari Indonesia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada tanggal 8/10/2014 lalu bersama makhluk halus.Kisah Lelaki Berkahwin Dengan Makhluk Halus
Entah apa lah dibenak fikirannya hingga beliau ingin mengahwini makhluk halus itu.

Bagus Kodok Ibnu Sukodok, 63 mendakwa makhluk halus yang menjadi isterinya itu bernama Roro Setyowati telah bertemu lima tahun lalu ketika Kodok memasuki sebuah hutan di Jawa Timur.

Katanya saat pertama bertemu Roro ,makhluk halus itu mengenakan penampilan pakaian adat Jawa dan hanya berparas biasa.

Selepas kejadian itu, beliau tidak lagi berjumpa Roro tetapi makhluk itu sentiasa mendekati beliau dengan hanya menggunakan suara.

“Awalnya takut, bau wangi, mendengar suara, tetapi lama-lama biasa.” Kata Pak Kodok.

Uniknya, menurut Pak Kodok makhluk itu sentiasa membisikkan kepadanya dengan menasihati supaya melakukan perkara-perkara yang positif.

Sehingga Pak Kodok mengaku dirinya semakin berubah ke arah kebaikan kerana sering dinasihati oleh Roro.
Kisah Lelaki Berkahwin Dengan Makhluk Halus
Kerana berharap dapat melihat Roro lagi, Pak Kodok turut meminta bantuan pengamal paranormal tetapi tidak berjaya dan dia hanya mendengar suara Roro sahaja.

Siapa sangka majlis perkahwinan Pak Kodok bersama makhluk halus itu berjalan lancar hinggakan majlis itu menjadi pesta budaya di daerahnya.

Majlis itu turut disempurnakan oleh pengamal paranormal dan disaksikan oleh ribuan penonton termasuk pihak berkuasa pemerintahan Ngawi bagi melihat acara yang dianggap unik ini.

Pelik sungguh mendengar kisah percintaan Pak Kodok ini, percaya atau tidak terpulanglah.

sumber
http://mynewshub.cc/2014/10/09/lelaki-ini-berkahwin-dengan-makhluk-halus-semalam/

No comments

Powered by Blogger.