Kisah Benar Rezeki Tiba-Tiba Dalam Masjid
Kisah ini terjadi pada waktu Dhuha 5 Jan 2015. Alkisah seorang pemuda yang telah kehabisan duit belanja di tangan. Pemuda yang sudah lama tidak solat Dhuha ini menunaikan solat Dhuha di rumahnya sebanyak 2 rakaat.
Usai solat Dhuha, dia pergi ke masjid kampungnya (kampung bersebelahan dengan Pekan Kuala Berang) dengan niat untuk membaca Al-Quran (masjid ada gema, seolah ada pembesar suara katanya).
Ketika dia masuk ke ruang utama masjid, kelihatan seorang ...
... abang memakai pakaian seragam (macam kastam, penjara - tidak pasti) sedang menelaah/membaca kitab/ Al-Quran (tidak pasti), maka pemuda memilih untuk membaca di ruang solat luar setelah bersalaman dengannya tadi. Seingat pemuda, belum pernah dia berjumpa dengan abang tersebut.
Pemuda ini mengalunkan bacaan Al-Quran dengan tarannum ala-ala Mishary (peminat tegar Mishary). Surah pertama - Ar-Rahman, seterusnya surah kedua - Al-Waqiah. Kuat juga la dia baca sebab dia suka baca kuat. Baru 'feel' katanya.
Semasa membaca surah Al-Waqiah, abang tadi keluar dan memberitahu ingin pulang. Semasa bersalam rupanya ada duit kertas. "Buat duit minum air", kata abang itu. Pemuda ni dalam hati tertanya-tanya juga berapa RM duit itu. Terkejut bila mendapati RM10 yang dihulurkan oleh abang tersebut.
Itulah rezeki yang datang dari Allah melalui abang itu... Mungkinkah kerana solat Dhuha ? Atau Al-Waqiah ? Atau kedua-duanya?
30 minit membaca Al-Quran dapat RM 10, 1 jam RM 20, 8 jam RM 160, 30 hari RM4800 ! Ini cuma contoh congak-congak pengiraan untuk menggambarkan mudahnya rezeki masuk bila amalkan Solat Dhuha & baca Surah Al-Waqiah.
Namun, percayalah.....Nilai huruf demi huruf Al-Quran yg kita baca (dengan ikhlas) tidak dapat diukur dengan harta dunia.
Mari bersama amalkan Solat Dhuha & Surah Al-Waqiah (juga solat sunat & surah-surah yang lain). Lakukan dengan ikhlas kerana Allah ; kerana mengsyukuri nikmatnya serta mengharapkan keredhaan-Nya. Elakkan menjadikan solat Dhuha & Surah Al-Waqiah sebagai 'magnet' rezeki seperti niat pemuda ini.
Jika sekiranya terniat semasa beramal agar beroleh rezeki, niatkan untuk mencari rezeki yang halal dan seterusnya berusaha untuk menggunakan rezeki yang halal itu ke arah perjuangan demi dakwah & ukhwah, perjuangan fisabilillah.
Jangan lupa juga istiqamah bersedekah walaupun hanya RM 1 sehari, atau jika terlalu "sukar" mungkin hanya dengan sebiji kurma sehari. In Sha Allah rezeki halal datang tanpa disangka, usahamu berkat & hidupmu berjaya !
Nota : Boleh share kisah ini yang memang di sahkan benar.
No comments