Header Ads

Wanita Ini Bantu 1000 Warga Belgium Peluk Islam

PRASANGKA buruk terhadap Islam disebabkan kerana tidakdiperkenalkannya Islam yang sebenarnya pada banyak orang. Pendapat inidisampaikan oleh Veronica Cools, seorang yang masuk Islam atau muallafasal Belgium berusia 25 tahun.

Setelah masuk Islam Veronica Cools muslimah Belgium itu berjayamembantu lebih dari 1,000 warga Belgium memeluk Islam dalam waktu 8tahun terakhir. Beliau masuk Islam pada usia yang sangat muda. Kala itu, iaterpengaruh oleh teman-teman Muslimnya dan melakukan kajian terhadapIslam.

Awalnya ia menjadikan rumahnya sebagai pusat kajian Islam bagi MuslimBelgium yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang Islam. Setelahmengenal Islam, ia sendiri telah mengatasi pelbagai prasangka buruktentang Islam. Bahkan berjaya membantu keluarganya mengatasi prasangkaitu. 
Alhamdulillah, semua keluarga dekatnya juga mengikuti jejaknya masukIslam.

"Sebagai Muslim kita harus menjelaskan jati diri kita kepada masyarakatsebaik mungkin," kata Veronica Cools, apabila ia sedang mempersiapkanpakej buka puasa bagi pengunjung Muslim yang ingin berbuka puasasebagaimana dikutip www.islamicnewsdaily.com.

Kini, Pusat kajian Islam yang pernah dibangunnya itu mempunyai lebih dari1000 ahli, sebahagian besar daripada mereka adalah wanita Belgium.Menurutnya, tempat ini terbuka untuk seluruh 50,000 Muslim Belgium. (IH)

No comments

Powered by Blogger.