Header Ads

VIDEO:Pemain Singapura Mengamuk Selepas Kalah Dengan Malaysia

Kekalahan pasukan Singapura disaat akhir di Piala AFF 2014 lalu pasti amat mengejutkan bahkan ada pemain mereka yang sangat yang kecewa dan tidak dapat menerima keputusan tersebut,

Video Pemain Singapura Mengamuk Selepas Kalah Kepada Malaysia

Mungkin orang yang paling sekali ialah penjaga gol Singapura apabila tindakan beliau untuk membantu menyerang ke gawang Malaysia dihukum dengan sadis sekali dengan gol ke 3,

Tindakan beliau menjadi bualan hangat peminat bolasepak di Malaysia dan Singapura bahkan menjadi mangsa troll dimedia sosial dengan ayat "Awak Kat Mana?"

Namun begitu, paling mengejutkan sekali apabila seorang pemain Singapura yang menggunakan jersi bernombor 20 tiba-tiba seperti orang hilang akal dengan mengamuk berhampiran tempat duduk pemain simpanan.

Wartawan yang berada berhampiran cuba merakamkan kejadian tersebut, namun beberapa pegawai Singapura dilihat menghalang. Ya mungkin pihak media arus perdana telah pun diberi amaran untuk tidak menyiarkan kejadian tersebut .....

Tetapi media sosial tidak boleh dihalang....tindakan beliau yang tidak profesional itu telah dirakam oleh peminat dan kini ia telah viral dimedia sosial.

Pemain tersebut akhirnya ditenangkan oleh beberapa pegawai Singapura, namun bagi etika seorang pemain beliau jelas gagal menjaga prestasi mentalnya bahkan perbuatannya telah menjatuhkan maruah pasukan yang dia wakili.....

Apapun, inilah realiti bolasepak...tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan kerana menyajikan perlawanan yang dianggap berprestasi tinggi dan memuaskan hati kesemua pihak....Ikuti video dibawah untuk menyaksikan kejadian tersebut....

No comments

Powered by Blogger.