VIDEO: Peragut Parah Dipukul Dan Dibelasah Orang Ramai
Seorang lelaki bukan saja kempunan meragut beg tangan mangsanya, malah menerima padah apabila dibelasah orang ramai selepas motosikal ditunggang bersama rakannya dirempuh kenderaan lain yang menyaksikan perbuatan mereka cuba meragut seorang wanita di persimpangan lampu isyarat Jalan Lencongan Barat, Sungai Petani, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 8.15 pagi, peragut tersebut yang membonceng motosikal jenis Kawasaki Kips mengekori sebuah kereta jenis Ford yang dipandu seorang wanita.
Sebaik tiba di lampu isyarat, suspek bertindak memecah cermin kereta dipandu wanita terbabit yang turut berhenti di lampu isyarat dan cuba meragut beg tangan mangsa.
"Namun, tindakan suspek dilihat seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berada di belakang kereta terbabit. Melihat tindakan suspek memecah cermin kereta mangsa di hadapannya, pemandu itu bertindak melanggar motosikal yang dinaiki suspek dan rakannya menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke tengah jalan.
"Pemandu terbabit dengan dibantu orang ramai yang melihat kejadian itu cuba menahan kedua-dua lelaki terbabit yang cuba melarikan diri.
"Namun, suspek yang berusia 20-an terjatuh ke dalam longkang dan ditahan orang ramai. Bagaimanapun rakan suspek berjaya melarikan diri ke arah hutan.
"Marah dengan tindakan suspek dan rakannya yang cuba meragut itu menyebabkan orang ramai bertindak membelasah suspek sehingga mengalami kecederaan di kepala dan badan,".
Menurut sumber, suspek kemudian diserahkan kepada Unit Kereta Peronda (MPV) yang tiba tidak lama kemudian untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan mengenai penahanan suspek berkenaan.

No comments