VIDEO: Lelaki Dibaham 3 Ekor Singa Di Zoo

Barcelona: Seorang lelaki berusia 45 tahun nyaris maut selepas diserang oleh 3 ekor singa selepas dia dipercayai telah menceroboh kandang haiwan tersebut di sini.
Beliau yang berpakaian tentera itu telah memanjat pagar dan memasuki kawasan kandang tersebut sebelum diterkam oleh singa-singa yang berada di dalam kandang.

Mangsa mengalami cedera parah kerana kesan cakaran kuku singa tersebut dan telah dihantar ke Hospital de la Vall D’Hebron.
No comments